Friday, July 30, 2010

Udang Sambal

Udang Masak Sambal



Bahan A


500 grm udang harimau


Serbuk kunyit }


Garam } Secukup rasa


Perasa }






Bahan B (Sambal)


1 biji bawang merah


2 ulas bawang putih


6 biji cili padi


1 sudu besar cili kisar


Secubit belacan


Secubit Asam Jawa


½ gelas air


½ sudu besar gula


1 biji bawang besar (dihiris halus)


Garam dan perasa secukup rasa.


Cara memasak


Bahan A


Perapkan Udang Harimau bersama serbuk kunyit, garam dan perasa. Perap selama (20 minit)


Bahan B (Sambal)


1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumbuh sehingga halus. Panaskan kuali dan minyak. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan cili kisar. Tumis sehingga naik bau.


2. Masukkan sedikit air. Kacau bahan. Kemudian masukkan belacan dan asam jawa. Tambah sedikit air. Kacau ramuan. Kuatkan api. Masukkan gula, garam dan perasa.


3. Setelah sambal naik minyak, masukan udang yang telah diperap. Masak udang sehingga masak. Perlahankan api dan biarkan selama 5 minit.


4. Setelah masak boleh dihidangkan. Siap!






Ayam Kari

Ayam Masak Kari



500 grm ayam


2 biji bawang merah


2 ulas bawang putih


5 biji cili padi


1 sudu besar cili kisar (kalau tak ada cili kisar, serbuk cili juga boleh digunakan.)


2 sudu besar serbuk kari


½ sudu besar sebuk kunyit


200 ml santan (satu kotak kecil)


100 ml air (1 ¾ gelas)


Garam dan perasa secukup rasa.


* Sekiranya nak tambah kentang, 2 biji kentang.






Cara Memasak


1. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan perasa. Peram selama setengah jam (30 minit).


2. Serbuk kari dicampurkan dengan sedikit air supaya menjadi paste kari dalam keadaan serdahana cair.


3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga halus. Panaskan kuali dan minyak. Setelah minyak panas, masukan bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan cili kisar, tumis sehingga naik bau. Setelah bahan tumis naik bau, masukkan paste kari tadi. Pelahankan api dan tunggu tumisan mengeluarkan minyak.


4. Masukkan ayam yang telah diperap. Gaulkan bersama kari yang telah ditumis bersama bawang dan cili. Setelah ayam mula mengeras (setengah masak) masukkan air sedikit demi sedikit. Kuatkan api dalam kadar sederhana.


5. Masukkan garam dan perasa. Sekiranya hendak rasa ayam lebih pekat boleh gunakan pati ayam (cair). Kacau kari sehingga air mendidih.


6. Setelah mendidih, masukkan santan. Kacau kari sehingga sebati dengan santan. Perlahankan api dan tutup periuk. Tunggu dalam masa 15 minit.


7. Apabila kari mulai pecah minyak, kuatkan api, tunggu selama 5 minit. Masukkan daun kari untuk menaikan aroma. Tutup api dan diletakkan dalam mangkuk hidang. Siap.


Selamat Mencuba.