Tuesday, August 17, 2010

Bilis Goreng

Bilis Goreng

Ikan bilis (1 genggam)
2 Bawang merah (Bombay Onion)- hiris halus
2 biji cili(Bangladesh Chili)- hiris halus
5 biji cili padi (hijau)
1 biji limau
Gula dan garam (secukup rasa)

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing dan kekuningan.

2. Angkat ikan bilis , letak tepi. Masukan bawang dan cili yang telah dihiris halus berserta cili padi hijau (tak perlu hiris; masukkan 1 biji). Tumis sampai layu. Kuatkan nyalaan api.

3. Masukkan ikan bilisdan kacau sehingga rata. Masukkan garam secukup rasa dan gula. Tutup api dan letakkan ke dalam mangkuk.

4. Perah air limau dan boleh dihidangkan semasa panas.

*** 
1. Untuk lebih sedap boleh tambah Onion Spring dan halia.
2. Sesuai untuk makan bersama bubur kosong.

###Resipi nie dari kakak aku...sedappp....

Friday, July 30, 2010

Udang Sambal

Udang Masak Sambal



Bahan A


500 grm udang harimau


Serbuk kunyit }


Garam } Secukup rasa


Perasa }






Bahan B (Sambal)


1 biji bawang merah


2 ulas bawang putih


6 biji cili padi


1 sudu besar cili kisar


Secubit belacan


Secubit Asam Jawa


½ gelas air


½ sudu besar gula


1 biji bawang besar (dihiris halus)


Garam dan perasa secukup rasa.


Cara memasak


Bahan A


Perapkan Udang Harimau bersama serbuk kunyit, garam dan perasa. Perap selama (20 minit)


Bahan B (Sambal)


1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumbuh sehingga halus. Panaskan kuali dan minyak. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan cili kisar. Tumis sehingga naik bau.


2. Masukkan sedikit air. Kacau bahan. Kemudian masukkan belacan dan asam jawa. Tambah sedikit air. Kacau ramuan. Kuatkan api. Masukkan gula, garam dan perasa.


3. Setelah sambal naik minyak, masukan udang yang telah diperap. Masak udang sehingga masak. Perlahankan api dan biarkan selama 5 minit.


4. Setelah masak boleh dihidangkan. Siap!






Ayam Kari

Ayam Masak Kari



500 grm ayam


2 biji bawang merah


2 ulas bawang putih


5 biji cili padi


1 sudu besar cili kisar (kalau tak ada cili kisar, serbuk cili juga boleh digunakan.)


2 sudu besar serbuk kari


½ sudu besar sebuk kunyit


200 ml santan (satu kotak kecil)


100 ml air (1 ¾ gelas)


Garam dan perasa secukup rasa.


* Sekiranya nak tambah kentang, 2 biji kentang.






Cara Memasak


1. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan perasa. Peram selama setengah jam (30 minit).


2. Serbuk kari dicampurkan dengan sedikit air supaya menjadi paste kari dalam keadaan serdahana cair.


3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga halus. Panaskan kuali dan minyak. Setelah minyak panas, masukan bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan cili kisar, tumis sehingga naik bau. Setelah bahan tumis naik bau, masukkan paste kari tadi. Pelahankan api dan tunggu tumisan mengeluarkan minyak.


4. Masukkan ayam yang telah diperap. Gaulkan bersama kari yang telah ditumis bersama bawang dan cili. Setelah ayam mula mengeras (setengah masak) masukkan air sedikit demi sedikit. Kuatkan api dalam kadar sederhana.


5. Masukkan garam dan perasa. Sekiranya hendak rasa ayam lebih pekat boleh gunakan pati ayam (cair). Kacau kari sehingga air mendidih.


6. Setelah mendidih, masukkan santan. Kacau kari sehingga sebati dengan santan. Perlahankan api dan tutup periuk. Tunggu dalam masa 15 minit.


7. Apabila kari mulai pecah minyak, kuatkan api, tunggu selama 5 minit. Masukkan daun kari untuk menaikan aroma. Tutup api dan diletakkan dalam mangkuk hidang. Siap.


Selamat Mencuba.


Saturday, May 15, 2010

Umai Tomato (Tomato Salad)

This is...Iban Traditional Salad...

Ramuan :

3 biji tomato (di potong dadu)

1 btg salary (di potong dadu)

Ikan bilis (lebih kurang 1 gengam)

2 biji bawang putih (garlic)

1 biji bawang merah (i prefer shalot because it taste sweet and hot)

3 biji chabai (the small chili..not red papper)

Cuka (lebih kurang 1 sudu)

Limau nipis (it smell gooood)

Daun saderi and ketumbar (hiris nipis)

Garam and black pepper

Cara² :

1. Campurkan tomato dan salary yang dah dipotong ke dalam mangkuk. Campurkan dengan sedikit garam, black pepper dan cuka.

2. Tumbuk ikan bilis dengan garlic, shallot dan chabai. Jangan tumbuk terlampau lumat nanti tak de rasa.

3. Campurkan sekali sambal ikan bilis yang telah ditumbuk dengan adunan (I do not know how am i suspose to call this) tomato dan salary. Perah limau nipis, dapatkan jus limau tersebut.

4. Hiris halus daun ketumbar dan saderi. Sekiranya nak lagi rasa manis-manis pedas, hiris halus shallots (bawang merah).

5. Gaulkan semua bahan tersebut dan ready to eat..Erm...taste like heaven!!! hehe...try now!!!

Vera@Kitchen

Welcome to my personal Vera@Kitchen....

i just publish this blog..untuk share resipi masakan yang saya masak. Actually bukan lah resipi asal saya...masakan traditional atau modern tapi mudah untuk disediakan atau masak bagi yang menghadapi kehidupan yang busy dan bujang.

So, take a look for the moment..if you want the recipe just print out...



Bagi yang tak pandai masak, resipi saya ni amatlah sesuai...sebab mudah, simple  dan senang untuk diikuti....